Pada 26/07/2022 yang lalu, telah diadakan pembentangan terakhir dan viva untuk projek tahun akhir. Seramai 10 orang pelajar tahun akhir telah membentangkan tajuk projek masing - masing. Keseluruhan pembentangan mengambil masa lebih kurang empat jam, bermula daripada jam 8.10 sehingga 2.45 ptg . 20 minit diperuntukan pada setiap pembentangan diikuti dengan sesi soal jawab selama 15 minit.
Alhamdullillah saya dapat membentangkan dalam masa yang ditetapkan. Seorang daripada empat panel pemeriksa akan menanyakan setiap pembentang.
Soalan yang ditanya kepada saya :-
- apakah yang dimaksudkan dengan "analytical solution"
- tunjukkan bukti yang mengatakan bahawa " the numerical solution" akhirnya mencapai nilai tertentu
- bagaimana kaedah Numerov itu boleh diungkapkan dalam bentuk penyelesaian matrik nilai eigen