Thursday, August 26, 2021

Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan

 

  • Peraturan penyemakan semula keputusan peperiksaan bukan bermaksud penilaian semula skrip jawapan.Penyemakan semula akan melibatkan hanya pengesahan sama ada setiap jawapan di dalam skrip jawapan telah diberikan markah dan pengiraan markah adalah betul.
  • Permohonan rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah dengan mengisi “BORANG PERMOHONAN RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN” (versi Bahasa Malaysia) yang boleh dimuat turun/diperolehi daripada portal http://campusonline.usm.my/
  • Pembayaran sebanyak RM25.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Sahaja) bagi setiap kertas peperiksaan yang disemak semula boleh dibuat melalui laman sesawang https://epayment.usm.my.
  • PEMBAYARAN MELALUI CEK TIDAK DITERIMA

Wednesday, August 25, 2021

Pengkelasan Ijazah Mengikut PNGK ( CGPA )

Sistem pengkelasan ijazah seperti Kelas Pertama, Kelas Kedua Tinggi ,Kelas Kedua Bawah dan Kelas Ketiga tidak lagi digunapakai,dengan adanya sistem PNGK ( CGPA )

Walaubagaimanapun untuk penarafan, berikut ialah pengkelasan Ijazah Mengikut PNGK ( CGPA )

Kelas                               PNGK ( CGPA )

Pertama                           3.67 - 4.00

Kedua Tinggi                    3.00 -3.66

Kedua Bawah                   2.00 - 2.99

Tiada penarafan bagi Kelas Ketiga bagi Sistem Penggajian PNGK Ijazah Pertama USM

*Pelajar yang mendapat PNGK( CGPA ) 3.67 - 4.00 berpeluang meneruskan penggajian terus ke peringkat PhD USM,dengan syarat berjaya melepasi temuduga. 

* *Syarat minima untuk mengikuti penggajian peringkat Master di USM, memperolehi sekurang -kurangnya PNGK ( CGPA ) 2.75 

*** Mata Gred

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan