Sunday, June 30, 2019

Tips Asas menjawap soalan Objekttif Penghantar Ekonomi -



Jumaat pagi,28/06/2019,Alhamdullilah,saya telah selesai  menduduki Kertas JKE 101  - Penghantar Eknomi ( Masa 3 Jam )

Kertas soalan objektif ini sebanyak 120 soalan.Ini bermakna dalam masa 30 minit, 20 soalan sepatutnya telah dijawab.

Ramai yang keluar awal,mereka yang telah ambil Kertas Ekonomi peringkat STPM ,rasanya tidak mempunyai masalah memandangkan Penghantar Ekonomi ini membincangkan perkara asas dalam bidang ekonomi.

Tips Asas : Saya imbas dahulu mana mana soalan yang memerlukan pengiraan dan dua tiga soalan berturutan yang merujuk kepada sesuatu graf.Soalan ini saya jawap dahulu kerana ketika ini saya masih lagi segar dan tidak berkira untuk mengejar masa.Kalau tak silap adalah lebih kurang 10 soalan sebegini.Kalau nak ikutkan, memang banyak masa dihabiskan untuk menjawab 10 soalan ini.Namun selesai menjawabnya,saya beralih ke soalan pertama dan seterusnya dan masih mampu mengekalkan menjawab 20 soalan dalam masa 30 minit.

Sebelum itu saya dah mohon kepada pengawas peperiksaan kertas conteng untuk tujuan ini.Saya rasa terganggu jika membuat kiraan di atas kertas soalan itu sendiri.

Insya Allah, lulus

Jangkaan Markah     
30.2 / 40% + 52.5 /60% = 82.7% -> A



Tuesday, June 25, 2019

Kertas JIM 212 Statistical Method



Petang tadi ,Selasa 25/06/2019,Alhamdullilah,saya telah selesai  menduduki Kertas JIM 212 - Statistical Method ( Masa 3 Jam )

Kali ini hanya ada 4 soalan , yang kesemuanya perlu dijawab.Saya pasti rakan sekuliah dapat menjawabnya dengan baik.Apatah lagi formula memang dibekalkan di belakang kertas soalan tersebut bersama sama dengan Jadual yang digunakan untuk ujian hipotesis.

Semasa di kursus intensif, saya sempat berbual dengan mereka, rata rata mereka tidak begitu bimbang dengan subjek in.Pensyarah juga mengingatkan subjek berkenaan bukan setakat memasukan nilai angka dalam formula tetapi yang lebih penting adalah bagaimana untuk intepretasi data berkanaan.

Berlainan pula dengan saya, saya ada perasaan risau dengan kertas ini kerana pengalaman ketika membuat tugasan menyaksikan saya kerap melakukan kesilapan ketika melakukan pengiraan.

Walaupun dengan pengunaan kalkulator,saya tidak cekap membuat kiraan jalan pintas dan biasanya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu soalan.

Jelasnya perkara ini memang terjadi tadi.Secara purata setiap soalan mengambil masa selama 45 minit untuk diselesaikan.Saya telah mengambil masa antara 50 hingga sejam.

Saya menyedari perkara ini; lagi pun ada bahagian soalan yang sememangnya saya tidak tahu untuk menjawabnya.
Kos lepas saya adalah 40 markah untuk tambahan masa antara 5 hingga 15 min. 

Ini bermakna markah maksimum saya hanyalah 360. Dengan kesilapan dalam pengiraan data,intepretasi data yang tidak tepat ( antara sebabnya  kesilapan menentukan "degree of freedom"), kertas ini bukan yang terbaik saya jawab  

Insya Allah, lulus

Jangkaan Markah     
28.1 / 40% + 36 /60% = 64.1% -> B+


Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan