- Tugasan atas talian
- Tugasan yang perlu dihantar ke "Course Instructor"
Info mengenai kedua dua tugasan ini dimuatkan dalam Portal Pembelajaran untuk kursus yang diambil oleh pelajar.
( I ) Tugasan Atas Talian
Pelajar perlu menjawab soalan di pautan yang diberikan di Portal Pembelajaran bagi sesuatu kursus.Ianya tertakluk kepada:-
- Masa yang diperuntukkan.
- Tempuh pautan dibuka.
Ada tugasan yg mana pelajar terus menjawab di pautan berkenaan
Ada juga tugasan berbentuk karangan, yang mana :-
- Tugasan hendaklah ditulis dalam "words".
- Tugasan yang telah disiapkan akan dimuatnaik ke pautan yang diberikan ,bersama- sama dengan "Cover Page" tugasan berkenaan.
- Biasanya untuk muatnaik, tugasan tersebut perlu di tukarkan ke format pdf.Ada sebilangan pensyarah menerimanya,memadai dengan "words" sahaja.
Panduan Tugasan Atas Talian ada diberikan dalam Portal Pembelajaran.
( II ) Tugasan yang perlu dihantar ke "Course Instructor"
- "Course Instructor " merujuk kepada pensyarah yang mengajar kursus berkenaan.
- Biasanya tugasan diberikan kepada pelajar untuk disiapkan dalam masa antara satu sehingga dua bulan.
- Bagi tugasan Matematik, jawapan untuk tugasan itu hendaklah ditulis dengan tulisan tangan.
- Tugasan bersama dengan"Cover Page" akan dihantar ke "Course Instructor" sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan.
- "Cover Page " boleh dicetak melalui Portal Pembelajaran.
- Untuk Tugasan Individu , "Cover Page " dicetak di atas kertas warna biru, manakala tugasan /laporan makmal dicetak di atas kertas warna kuning. Contoh "Cover Page " Tugasan Individu bersama dengan "Bar Code"
- Tugasan bersama "Cover Page" berkenaan ,dihantar ke Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Pulau Pinang
- Apabila Pejabat USM PPPJJ ,menerima tugasan anda,ianya akan diimbas melalui "Bar Code" pada "Cover Page " itu. Imbasan tarikh penerimaan tugasan anda ini,dapat disemak dalam Portal Pembelajaran.
- Samada anda menghantar dengan pos atau melalui tangan, tarikh diterima yang dicop oleh Pejabat PPPJJ , dikira sebagai tarikh penerimaan.Ini untuk mengelak sebarang pertikaian kelak kerana kesibukan kakitangan USM ,kadangkala menyebabkan,mereka terlewat untuk imbas "Bar Code" itu atau tugasan yang tiba di meja pensyarah telah melewati tarikh tutup tugasan.
- Pastikan anda semak di Portal tarikh penerimaan tugasan anda sebelum tarikh tutup penerimaan tugasan oleh pensyarah anda.
My 2 cents
Saya akan hantar tugasan melalui Pos Laju.Dalam masa 5 hari, pejabat PPPJJ telah menerimanya.Imbasan pada "Bar Code" mungkin dilakukan dalam masa sehari - dua.Insya Allah,saya akan siapkan dan hantar tugasan, 10 hari sebelum tarikh tutup penerimaan tugasan.