Warna asal kereta "Saga Green" yang biasa terdapat pada jenama Anchor tidak dapat diperolehi. Anchor ialah semburan cat jenis botol
Yang paling hampir warnanya ialah "Lime Green" ,
Bahan-bahan yang digunakan untuk cat sebuah kereta ialah:-
- Kertas pasir 800 & 1000 -RM 10.00
- 10 Tin Anchor "Lime green"- 10 x RM9.60=RM96.60
- 10 Tin Samurai "Putty primer"-10x RM23.00=RM230.00
- 10 Tin Samurai"Clear coat-K1"-10xRM16.00=RM160.00
- "Masking tape" =RM20.00
- surat khabar lama -untuk menutup kawasan yang tidak di sembur dengan cat
Jumlah kos = RM517.00
1.Basuh permukaan dengan air + sabun, kemudian gosok dengan kertas pasir 800
Bilas & lap permukaan itu dengan kain,biarkan kering 10 minit
2.Sembur permukaan yang telah dibersihkan itu dengan "Putty primer"
Setiap lapisan dibiarkan kering 10 minit
( 1 tin cukup untuk 2 lapisan sahaja )
3.Sentuh permukaan yang diselaputi "putty primer", sekiranya telah kering
gosok lapisan yang telah diselaputi "Putty primer" dengan kertas pasir 1000, memadai menggosokannya dengan perlahan supaya permukaan menjadi rata dan halus.
Kemudian bilas permukaan itu dengan air dan lap permukaan agar menjadi kering
4.Sembur permukaan dengan warna cat yang dikehendaki iaitu "lime green"
Biarkan lapisan pertama itu kering selama 10 minit
( Satu tin untuk setiap lapisan )
Kini permukaan telah diwarnai sepenuhmya dengan warna "lime green"
Kini permukaan telah diwarnai sepenuhmya dengan warna "lime green"
Biarkan ianya kering sepenuhnya selama 40 minit lagi.
5.Proses mengilatkan warna "lime green" menyusul dengan semburan "Clear coat-1K' keatas permukaan "lime green"
Satu tin 1K boleh digunakan untuk 2 lapisan, setiap lapisan dibiarkan kering 10 minit.
Setelah selesai proses menyembur 1K ini,biarkan ianya kering sendiri selama 30 minit lagi, untuk melihat hasilnya.
(Pastikan proses semburan & pengeringan "Clear Coat 1K" tidak dilakukan di bawah sinar matahari yang terik.)