Tuesday, December 22, 2020

Cara kesan masalah water pump kereta

Bila kereta didapati berbunyi kasar ketika dipandu dan penanda suhu kereta berfungsi dengan baik,kemungkinan water punp yang bermasalah

Cara kesan water pump yang bermasalah
  1. Hidupkan injin kereta sekejap .Pastikan injin tidak terlalu panas
  2. Buka radiator cap.( Jika injin terlalu panas ,air yg sgt mendidih ini akan memancut keluar drp radiator )
  3. Ram kereta dan lihat air di permukaan cap radiator yg terbuka itu
  4. Jika didapati air berpusing,ia menandakan power pump berada dlm keadaan baik

  1. Terdapat  satu getah hos atas, yg menyambung ke radiator
  2. Tanggalkan getah hos ini ,satu ruang ke radiator telah terbuka
  3. Masukkan air paip ke bahagian terbuka radiator ini
  4. Hidupkan injin kereta, biar seketika 
  5. Rem kereta 
  6.  Jika tiada air keluar drp hos bermakna water punp berfungsi dengan baik 

 


Friday, December 18, 2020

Saturday, December 12, 2020

Buku teks Tahun 4 sesi akademik 2020/2021

 ..telah diterima pada 09/12/2020

USM telah pos pada 08/12/2020

Dalam norma baru, penghantaraan melalui POS laju tidak mengecewakan



Wednesday, December 9, 2020

Semak status Buku yang dihantar melalui pos

Melalui portal , dapat disemak status buku teks yang dihantar melalui pos oleh USM, 
Terdapat pautan khas iaitu e-POS PPPJJ.

Tarikh proses buku yang dihantar pada saya ialah pada 08/12/2020

Monday, December 7, 2020

Simplex Method

Introduction



Standard Maximization Problem

 

 Standard Minimization Problem

 

Intepreting the last simplex tableau


Simplex Method:Introduction

Simplex Method: The Big M Method

WebsitesReferences

  1. I
  2. II 
  3. III



Saturday, November 28, 2020

Tugasan Tahun 4 Sidang akademik 2020/2021 (sebelum kursus intensif )

 Method of Submission : Online

Course Assignment / Due Date

JUL 401 Bahasa Malaysia IV Tugasan 1-18/01/2021

JIM 412 Intro to Operation Research    
JKE 216 Mikroekonomi 
AS1 - 28/01/2021
Tugasan 1-20/01/2021

JIM 411 Introductory Analysis AS1 -02/02/2021

JIM 413 Differential Equation II AS1-04/02/2021

JIM 414 Statistical Inference AS1-04/02/2021
JIM 412 Partial Differential Equation Will be updated
                 
   

   

Tuesday, November 17, 2020

Saturday, November 7, 2020

Hujan lebat...kilat

 Malam tadi hujan sgt lebat

Jln ke kebun getah dinaiki air...

Di celah rumput,terbentuk alur air menjadikannya seperti longkang yg agak luas



Wednesday, November 4, 2020

Monday, November 2, 2020

Forum -Questions and Discussion

 JIM 413 Differential Equations II

Dalam forum berkenaan, salah seorang pelajar Mr Tan,telah bertanya mengenai sesuatu kandungan dalam webex 1.

Pensyarah mengucapkan terima kasih dan menyatakan terdapat typo error dan akan memperbaikinya.

Saya mengenali Mr Tan semasa kursus intensif tahun 2 dan tahun 3.Beliau memang seorang yang perihatin dan saya pernah berbincang bersama tentang kursus yg kami ikuti.Beliau sangat membantu lebih lebih lagi ketika kami bertemu dengan seorang pensyarah kursus lain yang sudi membekalkan soalan dan jawapan tutorial tahun tahun lepas.Beliau menemui pensyarah itu pada masa yang dijanjikan.Beliau mengambil satu set manakala satu set lagi diberikan kepada saya.

Saya telah memberikan set berkenaan kepada seorang lagi pelajar yang berusaha untuk menyalin  kesemuaya dalam bentuk pdf untuk diberikan kepada pelajar lain yang mengambil kursus berkenaan

Webex 1 Tutorial JIM 413 Differential Equation II

Hampir seminggu webex 1 JIM 413 Differential Equation II berlalu.

Dalam Webex berkenaan pensyarah telah memberi 4 soalan tutorial sebagai latihan pelajar.Beliau telah menunjukkan bagaimana untuk menyelesaikan soalan 2.Pelajar tidak perlu hantar tutorial tersebut tetapi saya mengambil peluang untuk menghantarkannya untuk beliau menyemak,sebagaimana yang telah  disarankan 

Baru hari ini saya emel kpd beliau...


Sidang akademik sesi 2020/2021 Tahun 4

 


Monday, October 19, 2020

Jadual Webex Sebelum Kursus Intensif Tahun 4 sesi 2020/2021

 Jadual Waktu Webex Sebelum Kursus Intensif Tahun 4 sesi 2020/2021

Sabtu 24/10/20
9-10 Pg JIM 417 WB3
3-4 Ptg JKE 216 WB3
4-5 Ptg
JIM 413 WB4

Sabtu 31/10/20
 
8-9 Pg  JIM 412 WB4
9-10 Pg  JIM 414 WB4
11-12 Tgh  JUL 401 WB8

Sabtu 21/11/20
8-9 Pg  JIM 414 WB8

Sabtu
28/11/20

8-9 Pg  JIM 412 WB3

11-12 Tgh                JIM 417 WB3


Sabtu
 05/12/20

 11-12Tgh               JIM 413 WB2

Sabtu
12/12/20

9-10 Pg                   JKE 216 WB5
12-1 Tgh                JIM 417 WB3
5-6 Ptg                  JUL 401WB1

Sabtu
19/12/20
9-10 Pg                JIM 412 WB3
2-3 PTG              JIM 413 WB3
3-4 Ptg                JIM 411 WB3

Sabtu  
26/12/20
& 2-3 Ptg         JKE 216 WB1

Sabtu  
02/01/21
 11-12 Tgh    JIM 411 WB3

Sabtu
09/01/21
 
9-10 Pg        JIM 412 WB3
12-1 Tgh      JIM 414 WB3
2-3 Ptg         JKE 216 WB5
3-4 Ptg         JIM 417 WB3
4-5 Ptg         JIM 411 WB3

5-6 Ptg         JIM 413 WB3


 

Friday, October 16, 2020

Kebun Getah : Membersih kawasan

Sebelum itu, cuci dulu karburator mesin rumput 

Peralatan yang digunakan: 



Kebun getah keluarga saya bersempadan dengan tuan punya kebun berpagar ( bakal ditanam kelapa mawar) dan tuan punya ladang kelapa sawit





  Hari Pertama Khamis- 15/10/2020
Sebelum...




Selepas...

Mesin Rumput -DIY Cuci karburator


Berpandukan video di atas,Alhamdullillah,selesai ...





siap untuk membersih kawasan kebun getah









Monday, October 12, 2020

Webex Tahun 4 - 2020/2021

Seperti biasa akan ada dua webex .Sebelum dan selepas kursus intensif.Webex diadakan pada setiap hari Sabtu.

Webex sebelum kursus intensif  akan bermula pada 24/10/2020 dan yang terakhir pula pada 09/01/2021.

Memandangkan COVID 19 masih lagi belum reda, samada kursus intensif akan diadakan atau pun sebaliknya, ia bergantung kepada perkembangan selanjutnya


Wednesday, September 16, 2020

Sementara sesi 2020/2021 bermula...

 

Saya masih berada di kg.emak saya.
Hari Malaysia ini,dapat jugak ,"clear" belakang rumah
InshaAllah,dlm masa seminggu ni cerah kawasan tu






Thursday, September 10, 2020

Berkunjung ke perpustakaan musim PKP

Ini kali pertama saya masuk ke perpustakaan negeri semenjak PKP diperkenalkan.

Kebetulan keahlian pun dah tamat tempuh pada bulan Julai yang lepas.Setelah memperbaharuinya , saya meminjam sebuah buku bertajuk 

"Penyelidikan Operasi - Pengenalan"  

sesuai untuk Kursus JIM 412 - Introduction to Operation Research 

sidang akademik 2020/2021,insha Allah.


Di bahagian pinjaman buku,hanya terdapat seorang lagi pengunjung

Ketika melangkah keluar perpustakaan, salah seorang kakitangan memberikan cenderamata 



Terima kasih daun keladi, inshaAllah, nanti saya datang lagi
...pulangkan buku -25/09/20



Monday, September 7, 2020

Saturday, September 5, 2020

Keputusan Peperiksaan Tahun 3 sidang akademik 2019/2020


Alhamdulllillah keputusan peperiksaan telah dapat diketahui melalui pautan campus online pada 25/8/2020 :-

Kursus                                                 Gred
JUE 300 English II                                  A-
JKE 213 Wang dan Perbankan                B
JKE 215 Mikroekonomi                         B+ 
JIM 310 Introductory Numerical 
                Methods                               A
JIM312 Probability  Theory                  B
JIM 318 Mathematical
              Software Laboratory             A-
JIM 319 Vector Calculus                      A


E-Daftar
Hari ini ,05/09/2020, saya telah membuat pendaftaran kursus Tahun 4 untuk sidang akademik 2020 / 2021:-
JIM 411 Introductory Analysis
JIM 412 Introduction to Operation Research
JIM 413 Differential Equations II
JIM 414 Statistical Inference
JIM 417 Partial Differential Equation
JIM 216 Makroekonomi
JUL 401 Bahasa Malaysia IV

E-daftar bermula dari 01/09 - 02/10/2020 

Pengesahan Pengerusi Akademik ( PA )
..Tunggu pengesahan pendaftaran daripada PA




Friday, August 14, 2020

Tukar motor kipas radiator

Ketika sedang memandu balik Pahang,suhu kenderaan naik,injin pun bunyi berdengung.Alhamdullillah,bawa kereta perlahan lahan dan dapat singgah bengkel kereta bersebelahan steten minyak shell.

Pomen bagitahu,motor kipas radiator tidak berfungsi dengan baik
Memandangkan perjalanan agak jauh,tukar yg baru dgn harga RM160 + upah RM30


Wednesday, August 12, 2020

Tukar Kipas Radiator Proton Saga

Kipas Radiator Poton Saga Iswara( warna putih ) dah rosak

Tukar dengan yang baru ( dalam plastik ) model sama , tapi saiz tak sama 


Pada mulanya beli yang warna putih dengan harga RM18#,bila tak sama saiz , staf kedai alat tukar ganti kereta , suruh cuba model kancil.



Kipas yg warna hitam itu model dari kereta kancil, muat pulak.DIY dengan harga kipas RM28#
 
Alhamdullillah,muat dan berfungsi seperti biasa




Thursday, August 6, 2020

Sistem Penilaian Pengajaran

Sidang akademik 2019/2020 akan berakhir pada September 2019.

Seingat saya, dari tahun 1 sehingga tahun 2, tiada penilaian untuk pensyarah yang dibuat oleh pelajar
Kali ini diadakan untuk pelajar memberi maklumbalas

Untuk setiap soalan yang dinyatakan, terdapat skala dari 1 sehingga 10 .
Skala 1 menunjukkan tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan, skala 4 tidak pasti manakala skala 10 sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut

Antara kandungan soalan yang ditanya merangkumi:-
  • Cara penyampaian oleh pensyarah termasuk maklumbalas terhadap tugasan yang telah dihantar 
  • Matlamat sesuatu kursus samada dipenuhi atau tidak
  • Bahan seperti nota, slide dan alat pembelajaran lain yang disediakan di portal
Di ruangan komen, saya telah memberikan pandangan dan penghargaan kepada kesemua lapan orang pensyarah yang telah mengajar kursus yang telah saya ikuti
Maklumat yang diberikan dalam penilaian tersebut adalah sulit.

Saturday, July 25, 2020

Peperiksaan Penilaian JUE300 Kuis 2

Peperiksaan akhir ( 40%) JUE 300 English II

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Kuiz  ( 40% )


Alhamdullillah, saya telah menduduki Kuiz II sekejap tadi.Masa dari 10.00 - 10.30 Pagi.( Lihat Kuiz 1 )

Bahagian I
Soalan objektif 

Untuk setiap soalan , kenalpasti ,salah satu darpada perkataan bergaris yang tidak tepat dalam penggunaan ayat berkenaan
 
Bahagian II
Terdapat dua artikel pendek

Artikel 1- Kenalpasti perkataan yang tidak tepat
Artikel 2 - Pilihan untuk isikan tempat kosong

Saya selesai menjawab kesemua soalan , 10 minit sebelum masa tamat.
Ada ruang masa untuk menyemak semula jawapan yang ditanda itu.

InshaAllah,anggaran markah untuk 
JUE 300 English II ialah A-



Friday, July 24, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JIM 312 Probability Theory

Peperiksaan akhir ( 60%) JIM 312 Probability Theory 

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Assignment 4
 - Take Home Test  ( 60% )

Jangan sesekali dok nak belajar daripada kesilapan sekiranya kita tahu , dari awal lagi kita perlu buat perkara yang betul!
Saya beranggapan sudah memadai mengikuti Webex tanpa merujuk dahulu kepada Ekuliah.Perkara ini telah pun dipesan oleh Prof, ketika sidang webex-Prof hanya membincangkan soalan tutorial pada setiap webex.Pelajar perlu menonton Ekuliah dahulu sebelum menghadiri webex.

Ketika itu saya tidak dpat muaturun kesemua Ekuliah kerana mempunyai masalah dalam capaian  internet yang terlalu perlahan.Saya tidak dapat muaturun ekuliah sebaliknya bergantung penuh dengan webex.

Ianya memakan diri sendiri kerana dalam peperiksaan "Continuous Assessment" ,saya "blur" dengan soalan yang dikemukakan.

Alhamdullillah, saya dah selesai muatnaik jawapan kepada Tugasan 4 ,sebentar tadi.

InshaAllah,anggaran gred  untuk 
JIM 312 Probability Theory ialah A-


Monday, July 20, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JIM 310 Introductory Numerical Methods

Peperiksaan akhir ( 60%) JIM 310 Introductory Numerical Methods

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Assignment 3 - Take Home Test  ( 30% )
( II ) Assigment 4 -Take Home Test ( 30% )

Alhamdullillah, dah selesai Assignment 4, 6 soalan dengan markah keseluruhan 30%

InshaAllah,anggaran Gred untuk 
JIM 310 Introductory Numerical Methods ialah A


Sunday, July 12, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JIM 319 Vector Calculus

Peperiksaan akhir ( 50%) JIM 319 215 Vector Calculus

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( A ) Assignment 3 (  20% )
( B ) Assignment 4 ( 30%)

Alhamdullillah,Saya telah selesai muatnaik
Tugasan 4 tengahari tadi.Tugasan ini perlu dihantar
secara atas talian dalam masa 24 jam

Soalan adalah sama format dengan Tugasan 2
yang diberikan sebelum ini.Tugasan 2 meliputi
topik yang diajar selepas Kursus Intensif

InshaAllah, anggaran gred yang mungkin diperolehi
adalah A


Tarikh Tugasan Online: 1-7 Julai 2020
Tempoh masa menjawab dalam tempoh 3 jam
Kaedah pelaksanaan:
Pelajar perlu menjawab soalan dalam ruangan yang disediakan.
Untuk soalan yang memerlukan anda melukis keluk ,  anda perlu melukis keluk menggunakan tangan dan upload jawapan dalam format word atau pdf secara online. Bagi soalan yang memerlukan pengiraan, anda perlu menulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

Saturday, July 11, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JUE 300 English II

Peperiksaan akhir ( 40%) JUE 300 English II

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Kuiz  ( 40% )


Alhamdullillah, saya telah menduduki peperiksaan akhir sekejap tadi.Masa dari 10.00 - 10.30 Pagi.

2. Artikel pendek dengan 10 soalan objektif setiap artikel.
Biasanya, untuk jawap kuiz dalam masa yang singkat ini,perlu pengurusan masa yang cekap dan cepat:-

  • Baca secara sambil lalu kesemua soalan yang ada
  • Untuk setiap artikel, " skimming reading" sambil mencari soalan yang ditanya.
Saya selelsai menjawab kesemua soalan , 4 minit sebelum masa tamat


Thursday, July 9, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JKE213 Wang dan Perbankan

Peperiksaan akhir ( 60%) JKE 213 Wang dan Perbankan

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Tugasan 3 - Kuiz  ( 30% )
( II ) Tugasan 4 ( "Open Book Test' ) ( 30% )

Alhamdullillah,saya dah selesaikan menghantar Tugasan 4, sebelum pukul 8 mlm tadi

6 soalan kesemuanya dengan dengan 3 soalan panjang yang setiap satu soalan membawa kepada 20 markah

InshaAllah,anggaran gred untuk 
JKE 213 Wang dan Perbankan ialah A-

Friday, July 3, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JKE 215 Mikroekonomi

Peperiksaan akhir ( 60%) JKE 215 Mikroekonomi 

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( C ) Soalan Berstruktur- 3 Jam ( 20%)

Alhamdullillah, selesai menjawab Soalan berstruktur
( Jam 9.30 mlm - 12.30 pg)

Sembilan soalan kesemuanya ,perlu dijawap dalam ruang 
yang disediakan.

Kita boleh klik pada soalan satu hingga soalan 9,
untuk melihat secara kasar kesemua soalan berkenaan.
Ini bermakna , kita boleh menjawab mana mana soalan dahulu.

Tempuh masa ( jam ) yang masih ada untuk menjawab soalan 
juga ditunjukkan. 

Ruang disediakan untuk menjawap setiap soalan.

Sebagai contoh 
Soalan 6 ada dua ruang disediakan , satu ruang
untuk muatnaik gambar rajah yg telah kita lukis,
samada dalm bentuk pdf atau word.Rajah berkenaan
perlu dilakar menggunakan tangan. Satu ruang lagi
untuk menjawab soalan susulan yang berkaitan
dengan rajah itu


InshaAllah,anggaran gred untuk 
JKE 215 Mikroekonomi ialah B- 


My 2 Cents 
Sebaik gambar rajah dilukis, seharusnya 
dimuatnaik terus ke ruang yang disediakan.Ini untuk 
elakkan keadaan kelam kabut sekiranya kita tunggu
sehingga selesai menjawab kesemua soalan.Pada
ketika itu, mungkin tinggal beberapa minit lagi 
sebelum masa tamat.Pastikan scanner siap dipasang 
atau jika guna handphone cam camera,sesuaikan 
samada perlu guna mode single atau multiple
snapshot


Tarikh Tugasan Online: 1-7 Julai 2020
Tempoh masa menjawab dalam tempoh 3 jam
Kaedah pelaksanaan:
Pelajar perlu menjawab soalan dalam ruangan yang disediakan.
Untuk soalan yang memerlukan anda melukis keluk ,  anda perlu melukis keluk menggunakan tangan dan upload jawapan dalam format word atau pdf secara online. Bagi soalan yang memerlukan pengiraan, anda perlu menulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

Featured Post

Minyak injin & penapis minyak

Minyak injin mineral, 20W50 -RM53 Penapis Minyak - RM12 (Upah- RM 20) "Oil filter removal wrench" Spanner 15 mm & 17mm Buka...