Saturday, November 11, 2017

Peperiksaan "MUET" Reading , Writing & Listening





Alhamdull lillah,Saya selesai menduduki peperiksaan MUET sepenuhnya pada 04/11/17 yang lalu.

800/3 -Reading ( 40% )

Secara keseluruhannya , tiada masalah untuk menjawabnya

800/4-Writing ( 30% )

DUA Soalan yang perlu dijawab( Tiada Pilihan )
Diperuntukkan 40  minit untuk soalan pertama dan 50 minit untuk soalan kedua

"Terbabas" juga ,sebab saya mengambil masa 45 untuk siapkan Soalan 1 .Untuk Soalan 2 , saya pasti markah dipotong kerana kurang sedikit daripada 350 patah perkataan yang dikehendaki

800/1-Listening ( 15 % )

Audio yg diperdengarkan sangat jelas.
Kertas ini dapat membantu pencapaian band keseluruhannya

Anggaran Pencapaian MUET

Listening- 13%
Speaking - 8%
Reading - 38%
Writing- 20%
Total = 79%

Band = ( 79 ) / ( 100 ) ( 300 )
          = 237
==> Band 5

Betul ke ni ?







Saturday, October 7, 2017

Peperiksaan "MUET PAPER 2-SPEAKING "




Alhamdullillah, saya telah selesai menduduki peperiksaan ''MUET PAPER 2 -SPEAKING PAPER" pada 05 / 10 / 2017 yang lalu

Mengikut slip menduduki peperiksaan , pelajar perlu berada 15 minit sebelum peperiksaan bermula.
Setibanya saya di pusat peperiksaan (sebuah bangunan perpustakaan, di Kolej Kemahiran Tinggi Mara) ,pada pukul 7.15 pagi telah terdapat ramai pelajar sedang menunggu di luar pintu .Lebih kurang 7.30 pagi  , salah seorang kakitangan mempelawa kami masuk .Kasut masing masing ditinggalkan di rak kasut yang telah disediakan.

Ada 2 buah bilik makmal komputer, tertampal dengan kod di kedua dua pintu berkenaan. Kami masuk bilik itu mengikut kod yang sepadan dengan yang dicetak pada slip menduduki peperiksaan.

Seorang pegawai bertugas juga masuk bersama.Bilik makmal komputer ini adalah bilik menunggu sementara sampai giliran untuk peperiksaan "speaking"

Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kelihatan 4 orang pegawai perempuan masuk serta disambut oleh kakitangan dan pegawai bertugas .Saya pasti mereka inilah pegawai penilai peperiksaan ( PPP ).

Lebih kurang 20 minit kemudian, 2 orang PPP masuk ke bilik .
Salah seorang bertanya samada kami semua pernah menigkuti kelas MUET
Hampir kesemua pelajar mengatakan tidak.

Beliau bertanya lagi samada kami tahu perihal peperiksaan ini dijalankan.Apabila kami mengiyakannya , beliau tersenyum dan akan memberi taklimat ringkas sebagai peringatan .

" This test consist of 2 tasks.Task A is an individual presentation &  Task B is a group interaction.Task A is carried out first followed by Task B.
You are given 1 minute to read the instruction and tasks given.

For Task A- individual presentation,you are given 2 minutes to prepare a response and also 2 minutes to present views

For Task B - group interaction, you are given 2 minutes to prepare for the discussion and 10 minutes to present your view.
All candidates discuss to come to a group conclusion if possible otherwise based on the best suggestion to the situation.
You can change your view in Task A if you agree with any views from task B
.
Each of you  will be given a pencil and a paper to jot down your views ,

Any questions ? Ask anything to clarify before you are  in the room'

...Lebih kurang begitulah kandungan

Menjawab soalan salah seorang daripada pelajar, seorang lagi PPP berkata
 " dont worry, if you don't know the answer for the task or view , try to give examples"

Para pelajar dibahagikan dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang

Setelah menandatangani kehadiran , semua telefon bimbit ditanda dan diletakkan dalam satu beg , bagi setiap kumpulan. Ini untuk memudahkan mengambilnya kelak setelah selesai menduduki peperiksaan.

Saya berada dalam kumpulan giliran ketiga.

Saya terasa sejuk kerana alat pendawa dingin yang dipasang tidak boleh dikawal tahap kesejukannya.Tambahan pula, saya  tidak memakai baju berlengan panjang.

Ketika peperiksaan kumpulan kedua sedang berjalan, saya meminta kebenaran untuk ke tandas.

Pegawai yang sama sama berada di bilik menunggu,lantas bangun lalu menuju ke arah bilik peperiksaan tersebut.
Salah seorang PPP keluar , kemudian saya bersama seorang lagi rakan yang dalam kumpulan sama ke tandas sambil diiringi oleh pegawai tadi.

Tandas memanglah bersih, disediakan selipar .Kami membuka stokin ..
Selesai...
sambil menyarung stokin masing masing, kami berbual bual perlahan, tak teringat pula yang pegawai tadi masih menunggu di luar pintu tandas.

Lebih kurang beberapa minit kemudian , ada pelajar lelaki lain ingin ke tandas.

Pegawai tadi , kemudian ke bilik peperiksaan, kemudian beliau keluar seorang .
' Adik, kena tunggu dulu"

Beberapa minit kemudian, PPP itu masuk lalu bersuara
" anybody else , every time someone is going to the wash room, i have to stop the test for a while "

DALAM BILIK PEPERIKSAAN 

"Task A"
Saya adalah "Candidate B" .Ini bermakna  saya adalah orang kedua yang akan bercakap mengenai tajuk diberi

 " What are the good qualities of a good farther ? 
Saya kena beri pandangan mengenai 

"A good farther is generous to his children"

Saya lihat "Candidate A, C & D " laju je merangka jawapan untuk task masing masing.

Kertas utk rangka jawapan saya masih tak ditulis apa apa.Tak tahu apa nak dibentangkan. fikiran terasa kosong sekejap.

Bila Candidate A mula memberi pandangan , saya tak berapa dengar sangat .saya masih terfikir apa nak cakap kejap lagi.

"Time's up"
Candidate B , you may proceed.

Saya senyum pada pegawai pemeriksa tu. Dia balas senyum sambil mengangguk kepala.

Saya memulakan dengan memberi salam dan "greeting" pada semua .Percakapan saya merangkak rangkak kerana langsung tiada idea , saya lebih bermain dengan kata kata tanpa ada fakta untuk mengukuh hujah. Dalam pada tercari tercari ,terdengar perkataan " time's up "

Melihat saya agak terpinga pinga , pemeriksa itu berkata " finish your last sentence with a conclusion"

Task B

" In a group Interaction : What is the main quality  of a good farther  ?
 Given : A good farther is firm to his children
            A good farther is generous  to his children
            A good farther makes jokes to  his children
            ( Yang satu lagi, saya dah tak ingat )

Saya dapat menyampaikan dengan agak baik ( dibandingkan dengan Task A tadi )

" Candidate A, i am totally, disagree with you. In my opinion....bla bla "

Ini kerana hujahnya agar longgar.Tambahan pula " Candidate C &  D "  menyokong serta memperkukuhkan pandangan mereka.Masa 10 minit yang diberi berlalu begitu pantas dengan
" Candidate A " akhirnya membuat kesimpulan yang baik.


Saya berdoa semoga tidak lah teruk sangat keputusan untuk bahagian ini .Begitu juga kepada ahli dalam kumpulan saya serta semua pelajar yang menduduki peperiksaan hari itu, semoga kalian beroleh keputusan yang cemerlang.InsyaAllah

Peperiksaan MUET Paper 1-Listening, 3-Reading &  4- Writing  akan diadakan pada 04/11/2017, InsyaAllah


Sunday, September 24, 2017

Sidang Video & Webex Pertama





Tarikh : Sabtu, 23/09/17
Masa : 8 - 9 pagi   JIM 106 / 4 - Introduction to 
                                               Elementary Statistic
            9 - 10 pagi JIM 101/4 - Calculus

Untuk ikuti Webex :-
  1. log in  Portal e learning 
  2. Klik Kursus contoh : JIM 106 
  3. Klik pautan webex yg diberi
Pastikan anda bersedia dengan "earphone " 

Pada mulanya tiada video , audio pun kurang jelas.
Masalah ini akhirnya dapat diatasi.
Terdapat sedikit gangguan dari pelajar ketika Dr menyampaikan kuliah, namun semuanya berjalan dengan lancar apabila pelajar sedar kesilapan tidak " mute " mikrofon.

Walaupun sesi ini tamat pukul 10 pagi, jika sekiranya anda tidak tekan butang " leave meeting" anda dapat melihat kuliah seterusnya untuk subjek lain.


Sidang Video ( Di Pusat Wilayah - Sekolah  )
Audio dan Video jelas..
Foto sumbangan daripada saudara Naim

JUT 101 -Tamadun Islam & Tamadun Asia
Tugasan Berkumpulan - Markah 40 % 
( Markah Peperiksaan Akhir - 60% )

  • Kumpulan terdiri dari 2 - 5 orang pelajar yang akan membuat tugasan berbentuk esei                ( library research - rujukan buku, journal , artikel dan sebagainya)
  • Tajuk tugasan akan diberi kelak
  • " Hard copy" ( Printed Essay ) di antara 8 - 15 muka surat untuk dihantar                                 bersama - sama dengan satu CD
  • CD ini mengandungi video yg merakam suatu forum 
  • Forum ini dianggotai oleh kesemua ahli dalam kumpulan tugasan yang dibentuk itu
  • Forum berbentuk formal- seorang pengerusi dan ahli panel yang akan membincangkan tajuk esei itu 
  • Forum hanya memakan masa antara 10-15 minit


JUH 101 - Hubungan Etnik
Tugasan Berkumpulan - Markah 60%
( Peperiksaan Akhir - 40% )

  • Kumpulan dianggotai antara 2 - 5 orang pelajar
  • Temubual seorang ustaz dan juga temubual dengan seorang Padri atau Sami atau individu yang arif dalam agama masing masing
  • Temubual mengenai perkara berikut -
  1. Keperihatian
  2. Keamanan
  3. Kebenaran
  4. Keadilan
  5. Amanah
  • Bukti temubual seperti VD atau gambar dan masukkan dalam CD & hantar bersama - sama  dengan " Printed Essay " ( 8 - 15 muka surat )
  • Esei berdasarkan maklumat temubual dan bagaimana perkara 1 hingga 5 di atas dapat mengukuhkan hubungan di antara etnik
Format esei ada dalam portal.




Thursday, September 14, 2017

Jadual Sidang Video & Webex SA 2017/18




Sidang video ( SV ) & Webex  akan bermula pada 23/09/2017
SV Di pusat Wilayah masing masing & Webex boleh akses di laptop tanpa perlu ke Pusat Wilayah

E-Lecture untuk JIM 106-Introduction to Elementary Statistics & JIM 101-Calculus telah ada dibekalkan dalam portal.Elok lihat video ini dahulu sebelum akses WEBEX utk subjek ini pada waktu yang ditetapkan








Thursday, September 7, 2017

Peperiksaan MUET 2017




Jadual yang telah disahkan :-




Monday, August 21, 2017

PROGRAM SISWA LESTARI RPJJ SIDANG AKADEMIK 2017/2018






Bergerak ke USM -- Sabtu 05/08/17

Saya tiba di Terminal Bas Bersepadu, Bandar Tasik Selatan( TBS ) pada Sabtu,05/08/17

Dari TBS, saya menaiki KLIA Transit ke  KL Sentral






Keretapi laju ( EST ) 

KL Sentral ke Stesyen Keratapi Butterworth

Tiket petang dah habis
  • saya ambil pukul 8.00mlm dijangka tiba di Btterworth jam 12.00 tgh mlm
  • harga tiket RM52



..kena tunggu di platform 30 minit sebelum 8.00 mlm..


..ketibaan ETS

..dalam ETS

Setibanya di Butterworth 
"Check In " Broadway Budget Hotel "- Berdekatan dengan Masjid Kapitan Keling
  • RM 97 semalam ( Billik muat untuk 3 orang )
  • Parkir kereta berada di seberang jalan 
  • Jika anda parkir di kawasan ini, anggap lah  sebagai sedekah kepada golongan tua yang meminta wang sebagai upah menjaga kereta ; saya terlihat ada calar dan contengan pada sebuah kereta, mungkin pemilik kereta itu terlihat papan tanda yang jelas memberi amaran agar tidak melayan sebarang upah yang diminta.( Mereka tak tetapkan bayaran , purata antara 50 sen dan seringgit )
  • Sarapan pagi di gerai Mamak belakang hotel




Keesukan harinya, 06/08/17, tiba di USM

Pintu Masuk USM


Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh


Terlihat kain rentang...


Penginapan 
Saya menginap di Desasiswa Cahaya Gemilang

  • Tiada rakan sebilik
  • Dua orang rakan bilik hujung, En Siva dan En Kana banyak membantu saya.Dengan budak muda En Idzwan, kami banyak bersembang bersama
  • Cafe ( kantin ) menyediakan sarapan pagi, tengahari dan malam
  • Mlm tutup pukl 8.30 mlm ( sediakan bekal  seperti roti ,minuman utk malam malam nanti )
  • Sterika dan mesin basuh berbayar & ampaian  disediakan 
  • Jika anda membawa kereta , hati hati bila parkir






PROGRAM SISWA LESTARI RPJJ SIDANG AKADEMIK 2017/2018



Tarikh : 07/08/2017 - 10/08/2017 

Acara kemuncak program -  Majlis Sambutan Siswa dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu 
Berlangsung dengan jayanya dengan disaksikan Naib Canselor USM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail diiringi oleh Pegawai-pegawai Utama Universiti, Dekan dan Timbalan-timbalan Dekan PPPJJ serta staf akademik dan pentadbiran PPPJJ.
Ikrar
  • 999 Pelajar mendaftar
  • 9 orang adalah warga emas



Taklimat




Soal -Jawab
Pendaftaran

Sesi Fotografi Untuk Kad Pintar ( Kad Matrik )                                         Jamuan
                                           


Warga emas 


Kumpulan Untuk Tugasan




Riadah
Sumber foto: USM

Kemudahan Kad Matrik
  • Habis orientasi, saya sempat melawat beberapa tempat di Pulau Pinang
  • Status sebagai seorang pelajar , melayakkan saya mendapat diskaun untuk tiket masuk ke beberapa tempat yang dilawati




Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya



 






 


Wednesday, June 21, 2017

Sistem Hebahan Maklumat USM Telah Dibuka Semula...





Hari dah dapat muat turun Buku Panduan Siswa 2017-2018 PJJ

Info Ringkas
Bayaran Yuran Pengajian

Yuran Tidak Berulang  ( SAINS )

  1. Yuran Pendaftaran                            RM 100
  2. Penginapan Suai Kenal                    RM   20
  3. Kad Pintar                                         RM   60
  4. Yuran SuaiKenal                               RM 200 
JUMLAH ( A )                                           RM 380


Yuran Berulang Sidang Akademik

  1. Yuran Penggajian * RM 770 * ( Warga Emas 1/2 * = RM 385 )            RM 385
  2. Yuran Kursus                                                                                         RM 100
  3. Yuran Modul                                                                                          RM 400
  4. Yuran Kegitan Pelajar                                                                            RM   12
  5. Yuran Penginapan Insentif *RM 84 ( Warga Emas 1/2 * = RM 42 )      RM    42
  6. Yuran Peperiksaan                                                                                 RM    50
  7. Yuran Kesihatan                                                                                     RM    15
  8. Yuran Kenajikan                                                                                     RM      5
  9. Yuran Perpustakaan                                                                               RM    25
JUMLAH ( B )                                                                                                RM 1034 

JUMLAH KESELURUHAN ( A + B )                                                            RM 1414  

Perhatian : Saya tak perlu buat pemeriksaan kesihatan ( medical check up ) , tapi kena isi secara online esok , 22 / 06 / 17 , Borang Laporan Deklarsi Kesihatan.Bila dah isi, cetak borang ini dan serah di kanter Pusat Sejahtera bila hari mendaftar kelak.
Antara info yang diminta :-

  1. Kumpulan Darah : 
  2. Berat Badan : 
  3. Ketinggian :  





Monday, June 19, 2017

Sistem Hebahan Maklumat USM




Menurut info yg diwawarkan sebelum ini , Buku Panduan Pelajar boleh diakses mulai hari ini, 19/06/2017. 
Namun bila di buka ada pengumuman : Sistem ditutup sementara waktu untuk kerja penyelenggaraan

Tiada jangkaan bila sistem berkenaan berfungsi seperti biasa



Wednesday, June 14, 2017

MUET - 800 /1 - Listening



Contoh Soalan
Sumber : http://portal.mpm.edu.my

Paper 1: 800 / 1 - Listening (30 minutes) 

Candidates will be required to listen to recorded texts twice and answer questions on them. 
There is a total of 20 questions consisting of information transfer, short-answer questions and 3- option multiple-choice questions


800/1                                                                                                                                  MUET 
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST
 PAPER 1 LISTENING (30 minutes) 
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
 Instructions to candidates: 

DO NOT OPEN THIS QUESTION PAPER UNTIL YOU ARE TOLD TO DO SO. 

  • The test consists of three parts: Part I, Part II and Part III.
  •  Each part comprises a recording. You will listen to each recording twice.
  •  Answer the questions as you listen. 
  • Circle or write your answers on the question paper.
  •  Answers which consists of more than the specified number of words will be marked as incorrect. 
  • You are given one minute to read all the questions when the test begins. 
Part I [8 marks] 
For questions 1 to 3, write your answer in NOT MORE THAN THREE WORDS. 
  1. A barcode scan sheet is used for items ___________________________________________
  2.   Compared to old-fashioned price tags, barcodes are better because they _________________ 
  3.  In a supermarket, when many items are purchased, scanning helps in ___________________ 
For questions 4 to 6, write your answers in NOT MORE THAN FIVE WORDS. 
How A Barcode Is Used 

The cashier scans the barcode 
==> 4 The scanner reads ____________________________________ 
==>The scanner transfers information to a computer
 ==>5 The computer _______________________________________ 
==>The information appears on the screen 
==>6 The cashier prints _______________________________

For questions 7 and 8, circle the correct answer. 
7 If a scanner fails to read the barcode, the cashier will 
A print the items sold 
B type in the numbers manually 
C obtain the details of the purchase 

8 The speaker’s intention is to 
A discuss the benefits of barcodes 
B compare barcodes with price tags 
C promote the use of barcodes in shops 

Part II                                                                                                                                [6 marks] 
For questions 9 and 10, choose one letter A to F from the box below to complete each sentence. 
A headaches 
B temporary blindness 
C disorientation 
D fatigue 
E sleep disruption 
F anxiety 

9 Staring at neon signs can cause __________________________ 

10 Instrusion of street lights into homes can lead to ________________________ 

For questions 11 to 14, circle the correct answer
11 According to Dr. Yeoh, the problem of excessive lighting in Malaysia is 
A critical 
B exaggerated 
C under control 

12 In what way are night hunters affected by artificial lights? 
A They lose their way. 
B They lose their prey. 
C They lose their vision. 

13 What is Dr. Yeoh’s recommendation? 
A Countries should use less oil. 
B Countries should use less electricity. 
C Countries should use less artificial lights.

14 Dr. Yeoh’s talk is mainly on
A the effects of excessive lighting
B the types of excessive lighting indoors
C the differences between interior and exterior lighting

Part III                                                                                                                         [6 marks] 
For questions 15 to 20, write your answer in NOT MORE THAN FIVE WORDS. 

15 Poorer health is experienced by those who commuted by car or public transport compared to those who __________________________________________
16 Drivers who commuted more than an hour had better health because they  ________________________________________________
17 The risk of large earthquakes a century ago and today _______________________________
18 Researchers in the University of California found that the earthquakes in South America and Japan ________________________________________________
19 The news item is interesting because the couple ____________________________
20 The phrase ‘can’t stand the sight of each other’ means _______________________


Tuesday, June 13, 2017

MUET



Berikut adalah info MUET untuk November 2017
Tarikh Pendaftaran Dibuka : 02 /06 / 2017
Tarikh Pendaftaran Ditutup : 01/ 08 / 2017
Tarikh Ujian Speaking : 4,5,9,10,11 & 12 Oktober 2017
Tarikh Ujian Bertulis : 04/11/2017

Untuk Ujian Speaking ( 800/2 )

Calon perlu menyemak Slip Daftar MUET( MUET / D )
yang menyatakan tarikh & waktu ujian di Portal Majlis Peperiksaan Malaysia 
>> http://www.mpm.edu.my

Calon perlu berada di bilik Menunggu ( Kuarantin )  : 7.15 Pagi -Sidang 1
                                                                           : 10.45 Pagi - Sidang 2

Waktu Ujian : 7.30 Pagi- Sidang 1
                   : 11.00 Pagi - Sidang 2


Untuk Ujian Bertulis : 04 / 11 / 2017

800 / 3 - Reading

Calon Perlu Berada di bilik Ujian : 7.45 Pagi
Waktu Ujian : 8.00 Pagi - 9.30 Pagi  ( 1 Jam 30 Minit )

800 / 4 -Writing

Calon Perlu Berada di bilik Ujian : 10.15 Pagi
Waktu Ujian : 10.30 Pagi -12.00 Tgh ( 1 Jam 30 Minit )

800 / 1 - Listening

Calon Perlu Berada di bilik Ujian : 12.15 Tgh
Waktu Ujian : 12.30 Tgh -1.00 Ptg ( 30 Minit )


Cadangan Belajar MUET

Oleh kerana Bulan Oktober & November adalah Bulan Peperiksaan
Saya hanya mempunyai lebih kurang 15 minggu untuk membuat persiapan.
@ 4 minggu untuk setiap Kertas 

Secara Kasar :

Untuk Listening :  14 / 06 / - 24 / 06 / 17  ( Cuti Raya : 25 / 6 - 30 / 6 / 17 )
                             01/ 7 / -  15 / 07/17

           Speaking : 16/07 / -  12 / 08 / 17

          Reading : 13 / 08 / - 26 / 08/ 17
          Writing : 27/08/ - 30 / 09 / 17

Walaubagaimanapun, ianya juga bergantung kepada jadual pembelajaran PJJ kelak

Featured Post

Projek perumahan jiran